Wednesday, March 04, 2009

Koperasi adik kakak (KODIKA)

Kodika adalah singkatan nama kepada Koperasi Adik Kakak Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu. Koperasi ini pada asalnya ditubuhkan dengan nama Tabung Simpanan dan Pinjaman Pulau Rusa (TSPPR). Abang saya yang sulung adalah antara yang terawal menyertai TSPPR. Masa tu, saya masih sekolah lagi.

Selepas menyedari, TSPPR beroperasi menyalahi undang-undang, pihak AJK telah berusaha mendapatkan nasihat perundangan dan akhirnya tertubuhlah Koperasi Kodika. Di akhir hayat TSPPR, dana sudah mencecah RM600,000. Saya sempat buat pinjaman sekali dalam TSPPR.

Dinamakan koperasi adik kakak sebab ahlinya yang boleh dikatakan semuanya bersaudara walaupun mungkin hanya bau-bau bacang. Operasi utama Kodika ialah dalam urusan pinjaman wang. Kini, dana Kodika sudah mencecah RM5 - 6 juta. Sebagai sebuah koperasi yang ditubuhkan oleh orang kampung, saya rasa Kodika adalah sebuah koperasi yang berjaya.

Setiausahanya seorang yang rajin dan tekun. Namanya Mustapha Ismail tetapi dipanggil Ayah De Harun. Dia adalah sepupu mak saya. Ayahnya adik beradik dengan nenek saya. Isterinya pun bersaudara dengan kami.

Setiap bulan, ahli akan membuat bayaran melalui wakil yang dilantik. Selalunya, wakil adalah saudara-mara terdekat dalam kelompok kumpulan. Jadi, kalau ada yang liat buat bayaran, wakil kena tanggung. Selalunya, wakil adalah seorang yang disegani. Jadi tak adalah masalah tertunggak bayaran.

Dulu, ahli boleh buat pinjaman sehingga RM15,000 seorang atau 3 kali simpanan ahli. Pinjaman adalah secara Al Qardhul Hasan tetapi ada bayaran proses iaitu upah tulis perjanjian. Sekarang, saya tak pasti sebab undang-undang boleh dipinda. Koperasi ini semakin berkembang hingga kini dan mula cuba-cuba menyertai bidang hartanah pula.

Saya bangga menjadi ahli koperasi ini walaupun tak pernah hadir mesyuarat tahunan. Hari ini, saya sudah semakin jauh dengan Koperasi ini. Saya sedang berkira-kira untuk berhenti menjadi ahli kerana hubungan yang semakin jauh ini. Apa pun, saya tetap doakan koperasi ini terus berjaya kerana ramai anak-beranak saya masih menjadi ahli malah terus bertambah.

10 comments:

pecah kepala said...

cerita lah lagi pasal kodika ni, teringin nak buat koperasi sesama kawan..

Kamis - NG Trading said...

saya masih lg ahli koperasi ini sejak 3 tahun lepas .. saya bukan kelahiran kg. pulau rusa, tapi saya bertuah kerana saya kahwin dgn anak kg pulau rusa, jadi sy boleh menjadi ahli. Saya dh men ikmati benefit nya dgn membuat pinjaman tanpa riba lebih kurang 12ribu, dan sekarang ni masih lg membayar bulanan.

setiap kali mesyauarat agung tahunan, ahli akan di kasi cenderahati samada payung/ kain pelikat dan duit RM30 .. mana nk dapat free zmn skrg.. alhmdulillah

Yanaam said...

Saya pun ada cita-cita nak jayakan koperasi. Bukan senang nak uruskan koperasi. Tambahan bila koperasi semakin berkembang. Makin banyak ragam dan kerenah. Masalah utama ialah bila nak kutip bayaran.

Sedangkan bank yang hebat pun ada yang tak bayar balik pinjaman. Nak ambil tindakan undang2 bukan mudah. Tambah kalau dengan saudara mara atau kenalan rapat.

aawawa syazwa said...

saya pun ahli KODIKA... keluarga sy daripada tok n tokki sy.. wan kembang n wan jusoh.. dan sy membesar di pulau rusa alik hulu tp dah pindah hanya tinggal mok dare ambe jer.. wan wook dan suaminya org kg panggil cek embong buluh... sy rapat dgn ahli lembaga KODIKA cikgu ali dan cikgu ya hehehehe... KODIKA sgt bagus pinjaman hanya utk org2 kampung pulau rusa menurut cikgu ya KODIKA akan ambil org pulau rusa dan kaum kerabatnya sahaja sebb nanti bila diorang lambat byr senang nak cari... KODIKA tidak kenakan bunga hanya mengambil yuran perkhidmatan saja jd kite pun x payah tanggung hutang yg byk mcm pinjaman bank... aku bertuah jadi anak pulau rusa hehehehe...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

mcm mana saya nak join kodika sdgkan sya menetap dikelantan.saya dilahirkan dipulau rusa anak jati pulau rusa

Unknown said...

d179 kampung pulau rusa
kuala terengganu
terengganu
ini alamat saya

Unknown said...

Assalammualaikum macam mana saya nak hubungi koperasi adik kakak pulau rusa ni ye

Syahira. Busana muslimah said...

Assalamualaikum saya tengah buat research tentang KODIKA , saya ingin bertanya adakah koperasi ini masih aktif ?

miera said...

yes, kodika still lg aktif hingga skrg.