Monday, May 23, 2016

7 Ayat

Ada seorang ustaz yang setiap kali sebelum kuliyahnya, dia akan pimpin baca asamaul husna, ayat tujuh dan ayat2 syifa.

Minggu lepas saya, catatkan ayat2 tujuh tersebut. Melihat terjemahan kepada ayat2 tersebut, saya terpanggil untuk menghafalnya.

Melalui carian google, saya perolehi fadilat berikut untuk 7 ayat tersebut jika di amalkan:

  1. Terpelihara daripada tipu daya dan bencana
  2. memudahkan rezekinya, dipanjangkan umur, terpelihara dari gangguan jin, syaitan dan fitnah, dikasihi para hamba Allah, dipermudahkan cita-citanya
  3. Menenangkan dan menyembuhkan orang yang sakit
  4. Bebas daripada kesulitan dan kesusahan
Tetapi sebenarnya saya lebih terpesona dengan maksud ayat 7 tersebut apatah lagi bila dikaitkan dengan kehidupan dan persekitaran sekeliling setiap hari.

Ia menarik minat saya untuk selalu membaca dan cuba menghafal ayat2 tersebut. Ia secara sepontan bermain difikiran saya bile berdepan dengan situasi yang terkait dengan maksud salah satu ayat tersebut.

Saya percaya dan mengharap fadilat ayat2 tersebut lebih daripada yang tercatat di atas.

Saya bukan jenis yang cepat hafal. Jadi prosesnya mungkin akan mengambil masa. Tak kisahlah.

Berikut adalah tujuh ayat tersebut.

قُلْ لَنْ يُصِيبَنَا إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَنَا هُوَ مَوْلَانَا ۚ وَعَلَى اللَّهِ فَلْيَتَوَكَّلِ الْمُؤْمِنُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal".
(al-Qur'an At-Tawbaħ[9]:51)

وَإِنْ يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ ۖ وَإِنْ يُرِدْكَ بِخَيْرٍ فَلَا رَادَّ لِفَضْلِهِ ۚ يُصِيبُ بِهِ مَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ ۚ وَهُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Dan jika Allah mengenakan engkau dengan sesuatu yang membahayakan, maka tiada sesiapa pun yang akan dapat menghapuskannya melainkan Dia; dan jika Ia menghendaki engkau beroleh sesuatu kebaikan, maka tiada sesiapapun yang akan dapat menghalangi limpah kurniaNya. Allah melimpahkan kurniaNya itu kepada sesiapa yang dikendakiNya dari hamba-hambaNya, dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
(al-Qur'an Yūnus[10]:107)

وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا ۚ كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
(al-Qur'an Hūd[11]:6)

إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ رَبِّي وَرَبِّكُمْ ۚ مَا مِنْ دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا ۚ إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
" Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus.
(al-Qur'an Hūd[11]:56)

وَكَأَيِّنْ مِنْ دَابَّةٍ لَا تَحْمِلُ رِزْقَهَا اللَّهُ يَرْزُقُهَا وَإِيَّاكُمْ ۚ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dan (ingatlah) berapa banyak binatang yang tidak membawa rezekinya bersama, Allah jualah yang memberi rezeki kepadanya dan kepada kamu; dan Dia lah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(al-Qur'an Al-`Ankabūt[29]:60)

مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَحْمَةٍ فَلَا مُمْسِكَ لَهَا ۖ وَمَا يُمْسِكْ فَلَا مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(al-Qur'an Fāṭir[35]:2)

لَهُمْ مَا يَشَاءُونَ عِنْدَ رَبِّهِمْ ۚ ذَٰلِكَ جَزَاءُ الْمُحْسِنِينَ
Disediakan untuk mereka apa yang mereka kehendaki, di sisi Tuhan mereka; demikianlah balasan orang-orang yang berusaha memperbaiki amal perbuatannya.
(al-Qur'an Az-Zumar[39]:34)

Jom kita sama2 hafal dan amalkan membacanya selalu. Jangan lupa untuk cuba menghafal juga maksud ayat2 tersebut.

Barakallahu lakum.

Monday, April 04, 2016

Cerita saya tentang dedak


Ketika umur saya kurang 15 tahun, antara tugasan harian saya ialah memberi makan ayam itik peliharaan dengan dedak. Kerapnya saya menghidu bau dedak dan melihat rupa dedak menjadikan saya boleh kenal kualiti dedak yang digemari atau tidak digemari ayam itik.

Kami tak penah bela lembu kambing. Jadi hanya ayam itik sahaja yang saya terbiasa. Selalunya, saya akan campurkan nasi semalam yang diletakkan oleh ibu saya dalam besen ke dalam baldi. Kadang2 nasi itu dicampur juga dengan hampas kelapa. Keluarga kami tak pernah makan nasi semalam. Semua akan di"derma"kan kepada ayam itik. Nasi itu kemudian dicampurkan dengan air paip, dicampur dedak, digaul2 dengan tangan.

Ayam itik akan berebut2 mengelilingi saya menunggu makanan kegemaran mereka siap dibancuh. Campuran yang sudah sebati itu akan diletak dalam besen atau periuk buruk di belakang rumah. Ayam itik tidak dikurung, dibiarkan lepas bebas. Waktu petang, itik akan dikurung ke reban yang disebut "gok". Ayam pula sudah terdidik naik ke reban yang tingginya sama tinggi dengan rumah (lebih kurang 6-7 kaki tingginya).

Ketika itu, musang jarang sampai ke kawasan rumah saya. Ancaman paling kerap ialah biawak dan tikus tanah. Tikus tanah suka makan anak ayam dan anak itik manakala biawak suka makan telur. Biawaknya besar2 juga.

Bila ada ternakan demam atau sakit, ayahanda akan sembelih dan saya dan abang2 saya akan siang di sungai belakang rumah. Hari ini, kita dinasihatkan jangan makan ternakan yang sakit. Bimbang penyakit itu terkena pula kepada kita. Dulu, ayam itik juga makan najis manusia, muntah dan minum air "chor". Hari ini kita terima whatsapp berantai supaya memilih ternakan yang minum air yang bersih, organik dan sebagainya. Macam2 lah.

Kehidupan kita sudah berubah. Dan perubahan itu menjadikan kos sara hidup kita semakin tinggi.

Kata orang tua2, ayam makan dedak, kita makan ayam. Jadi kita juga makan dedak. Hmmm... boleh terima ke logik macam gitu. Macam tak betul je. :)