Tuesday, March 10, 2015

Kudung kaki

Ketika saya masih kanak2, ada seorang saudara saya yang kudung kakinya. Khabarnya, kakinya terpaksa dipotong selepas dia kemalangan di tempat kerja. Dia bekerja dalam bidang perkapalan di Singapura dan kemudian ditimpa barangan berat. Kakinya dipotong di paras paha.

Dia kehilangan pekerjaan, terpaksa membesarkan keluarga dengan anak2 yang masih kecil. Saya tak pasti anaknya berapa orang. Salah seorangnya sebaya abang saya.

Satu ketika, dia mengalami tekanan perasaan yang berat sehingga mengganggu jiwanya. Ada kanak2 yang mentertawakannya; memang begitu sikap sesetengah budak kampung, suka ketawakan orang yang kurang sihat akalnya. Bila dah besar, baru boleh berfikir dengan rasional. Orang tua sepatutnya menegur perbuatan budak2 yang suka mengejek malangnya ada juga orang dewasa yang turut sama mentertawakan golongan yang tidak bernasib baik seperti itu.

Saya tak ingat bila dia meninggal. Saya hanya ingat semula tentang dia bila saya bertemu anaknya ketika bapa saudara saya buat kenduri kahwin sepupu saya.

Selain dia, suami kepada ibu saudara kandung saya juga terpaksa dipotong kakinya kerana kemalangan ditempat kerja. Kakinya ditimpa balak dan ibu saudara saya pengsan bila mendengar berita kemalangan tersebut.  Kakinya dipotong paras betis.

Ayah Ngah sedang mencuba kaki baru.


Walaupun terpaksa membesarkan anak2 yang agak ramai, alhamdulillah, ada orang kampung yang sudi beri kerja kepadanya. Walaupun kudung kakinya, dia masih gagah dan handal memanjat pokok duku, mengutip hasil dan menggali kubur bila diperlukan. Dia juga gigih memasak gulai kawah bila ada kenduri kendara.

Alhamdulillah, dia tidak alami masalah tekanan jiwa dan masih bertahan hingga hari ini walaupun sudah sangat uzur. Anak cucunya sentiasa memberi sokongan kepadanya.

Jika kita ditimpa kesusahan, ingatlah ada orang yang lebih susah daripada kita, dan perbanyakkan sedekah ketika susah.

Tuesday, December 16, 2014

Musim hujan lagi

Kampung saya tak ada sawah padi. Pulaulah kata kan.

Tapi semasa kecil, selalu juga kami pergi ke baruh (tanah sawah atau bekas sawah) di kampung2 berhampiran untuk mencari ikan pelaga yang disebut ikan sekilau. Sekarang semuanya dah jadi tapak rumah dan tapak perniagaan.

Menu lazim pada musim hujan ialah telur masin atau ikan kering masin. Ayahanda suka ikan plata masin. Makanan pada musim hujan selalunya mahal. Harga ikan sangatlah mahal. Lagi pun makanan laut tidak segar. Penggunaan peti sejuk dikalangan peniaga tidak banyak. Rumah2 kampung lagi lah tak ada peti sejuk.

Kami jarang makan ayam kecuali kalau ada kenduri kendara. Telur juga jarang dimakan. Kalau makan pun cuma telur itik sebab ia besar. Telur ayam kampung kecik2.

Untuk sarapan, kamu biasa dengan ubi rebus. Ubi kayu atau ubi stela (keledek). Kadang2 pisang rebus sahaja.

Ketika kecil, saya sempat merasa guna dapur kayu. Pada musim hujan, kayu jadi lembap. Sabut2 pun lembap. Nak hidupkan api payah, kena tiup guna corong buluh atau corong lampu yang dah tak digunakan lagi. Asap berkepul2 ke dalam rumah.

Minyak masak membeku, disebut minyak  tidur. Ketika itu, hanya minyak kelapa digunakan. Minyak sawit belum dikomersilkan. Cuaca sangat sejuk.

Bumbung rumah pun bocor di sana-sini. Ayahanda baiki sendiri sebab cuti sekolah, aktiviti guru waktu itu direhatkan.

Musim hujan, orang tak memilih makanan sangat. Semua jadi sedap sebab lapar dan duk berkurung di rumah saja. Mujurlah ayahanda ada pendapatan tetap. Kalau yang ke laut atau bertani atau bertukang, payah lah nak cari makan musim hujan. Kasihan. Dapatkah dibayangkan bagaimana kesusahan rakyat waktu itu ?

Tuesday, August 05, 2014

Antara duku, dokong dan langsat

Pokok duku belakang rumah saya (kini rumah adik saya) di kampung kini sedang lebat berbunga.

Masa saya kanak2, tahun 70an, kami kerap mengutip bunga2 duku yang berguguran, diikat pada benang dan dijadikan gelang tangan atau rantai. Sudah tentu, ia permainan orang perempuan tetapi masa tu saya masih kecil yang hanya menumpang permainan kakak2 yang lebih senior.

Ketika itu, pokok duku berbuah setiap tahun. Harga duku juga agak mahal kerana pokok duku tumbuh sendiri meliar, bukan diusahakan secara ladang. Buah duku mudah terlerai dari tangkai. Rasanya sangat manis. Bila tiba musimnya, ada yang pajak pokok yang berputik lebat. Memang menguntungkan. Pagi2, kami kutip buah duku yang luruh sendiri.

Selain buah duku, ada juga buah langsat. Pokoknya juga tinggi macam pokok duku tetapi kulitnya agak bergetah bila dikupas. Rasanya sedikit masam berbanding duku segar yang manis semata-mata.
Buah langsat terlekat erat pada tangkainya. Kadang2 sampai buah itu busuk atau buruk pun masih terlekat pada tangkai.

Buah dokong hanya saya kenali selepas tahun 80an atau 90an. Ia dikatakan dibawa daripada siam, pokoknya rendah berbanding pokok langsat, boleh dipetik dengan mudah dan banyak diusahakan secara ladang.

Rasa dokong menyerupai langsat, rupanya juga menyerupai langsat. Buahnya tak mudah terlerai dari tangkai, sama seperti langsat. Cuma kulitnya sedikit tebal, tetapi masih nipis berbanding duku Terengganu. Bagi orang tua2, dokong sebenarnya ialah langsat.

Di pantai barat, duku dikenali sebagai duku langsat atau duku Terengganu. Manakala buah duku pula berkulit tebal, di Terengganu ada yang panggil duku hutan atau duku Johor. Rasanya tak semanis duku Terengganu.

Seorang sahabat saya dari Perak pernah datang ke rumah saya pada tahun 90 dan terkejut dengan rasa buah duku segar depan rumah saya yang sangat manis. Dia kata, boleh kena kencing manis kalau macam ni.

Akhir2 ini, buah duku tidak begitu menjadi di kampung saya yang sememangnya terkenal dengan buah duku sejak saya kecil. Mungkin pokok dah tua. Mungkin sebab tiada banjir air sungai yang boleh menyuburkan pokok. Mungkin sebab banyak rumah dibina menyebabkan suhu semakin meningkat dan tidak sesejuk dulu. Bawah pokok pula, kenderaan lalu lalang atau jadi tempat parking. Ini menyebabkan akar pokok tidak sihat berbanding dulu, penuh semak samun menjadikan pokok lebih sihat.

Harga duku pula sudah jatuh kerana ada yang berjaya mengusahakan secara ladang. Selalunya, pengusaha ini adalah orang2 cina. Orang melayu hanya mengharap duku liar sahaja.

Kini, pokok dedalu banyak tumbuh menumpang pada pokok  duku. Ini menyebabkan pokok duku sakit dan mati.

Dulu banjir berlaku setiap tahun dan menjadi pesta yang menyeronokkan. Ia menjadikan bumi subur dan mencegah pembiakan anai-anai.
(saya yang paling kecik dalam perahu tu)

Friday, April 18, 2014

Amal soleh


Apabila seseorang anak adam( manusia ) meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan dari 3 hal iaitu,

1. Sedekah yang mengalir ( jariah ),
2. Ilmu yang bermanafa'at, dan
3. Anak yang soleh yang mendoakan untuknya.

Dalam bab menghadiahkan bacaan Al Quran kepada si mati, saya sentiasa yakin tanpa niat sedekahpun, ia pasti sampai kepada guru yang mengajar kita itu.

Antara guru saya yang mengajar saya Al Quran ialah ibu saya, ayahanda saya, nenek saya, ibu saudara saya, ustaz2 dan ustazah, juga guru2 alQuran di surau dan masjid. Banyak atau sedikit saya mengaji dengan mereka, itu bukan ukurannya kerana itu adalah urusan Allah. Allah menilai daripada berbagai sudut termasuk keikhlasan dan sebagainya. Apa yang penting saya percaya setiap kali saya membaca Al Quran, maka pahalanya pasti sampai kepada mereka, In sya Allah.

Kadang2 bila bersedekah, juga saya sentiasa niatkan untuk kedua ibu bapa saya. Ada ustaz mengatakan sama ada kita doakan secara terus, atau pun hanya sekadar beramal soleh sahaja, pahala itu tetap akan sampai kepada kedua ibu bapa kita khususnya (In sya Allah).

Tetapi kalau kita buat maksiat, dosa itu tidak ditanggung oleh kedua ibu bapa kita kerana dosa seseorang tidak akan ditanggung oleh pihak lain kecuali dirinya sendiri seperti disebut dalam Al Quran.

Anak yang tidak solat atau tidak menutup aurat misalnya tidak akan membawa ibu bapanya bersama ke neraka kecuali ibu bapa itu sendiri tidak pernah mentarbiyahkan si anak atau membiarkan dengan sengaja tanpa tidakan yang sewajarnya.

Oleh itu, perbanyakkan lah amalan soleh. Ia bukan hanya bermanfaat kepada kita tetapi juga kepada orang yang kita kasihi iaitu kedua ibu bapa (dan suami atau wali iaitu orang yang bertanggung jawab ke atas kita).

Saturday, November 16, 2013

Mandulkan kucing

Kos memlihara 5 ekor kucing ni memang tinggi. Lebih2 lagi mika makin membesar.

Ceritanya, saya mula membela kucing selepas seekor ibu kucing beranak tepi pasu bunga depan rumah. Anak yang 4 ekor mati satu persatu dan akhirnya tinggal seekor.

Dan si ibu bunting lagi dan beranak lagi 5 ekor. Baby mati lagi 2 ekor dan tinggal 3 ekor. Termasuk si abang yang diberi nama Key Bum dan si ibu jadi 5 ekor. Hilang pula seekor baby dan esoknya, anak saya bawa balik pulak seekor dari sekolahnya.

Kos makanan dan pasir pun boleh tahan. Kos vaksin pula. Dan kini si ibu bunting lagi. Si Key Bum pula dah mula nak menggatal. Bimbang dia spray merata2.

Saya terpaksa korbankan bajet saya. Si Key Bum dan si ibu terpaksa saya mandulkan dulu. Yang kanak2 3 ekor tu belum vaksin dan mandulkan lagi.

Saya hantar ke SPCA Ampang jam 9 pagi tadi. Alhamdulillah, jam 12 t/hari saya pergi ambil. Si Key Bum dah sedar dan agak agresif. Saya tahu dia lapar sbb mula puasa sejak petang semalam. Si ibu mamai.

Saya dinasihatkan tidak memberi makan dan minum sehingga jam 7 malam. Kena teruskan puasa. Kesian Key Bum. Saya mulakan buka puasa Key Bum dengan sup kegemarannya, Fancy Feast Broth. Sejam setengah lepas tu, baru saya beri lagi makan makanan biasanya, Qiut campur Equilibrio. Dia nampak agak tenang selepas diberi makan.

Si ibu masih mamai. Saya akan beri dia makan esok pagi sebab nampak dia hanya diam dan tak larat. Kandungannya digugurkan. Memang kesian. Apa boleh buat. Untuk kebaikan dia juga.

Kos bulan ni paling tinggi. Bulan depan nak kena vaksinkan trio tu pulak; Lion, Tiger dan Black namanya.

Memang tinggi belanja kewangan dan belanja masa untuk dorang ni. Nak buang tak sampai hati pulak. Bela je lah sampai mati. Tak dia yang mati dulu, kita yang mati dulu.
Ni gambar lama ketika Black (anak pungut) kali pertama dibenarkan menyusu oleh si ibu.

Monday, September 09, 2013

Anak kucing terbiar

Pagi ini, saya singgah di sebuah masjid. Bunyi anak kucing mengiau begitu kuat. Saya cari dan temui seeokr anak kucing yang kurus dan agak basah. Kesiannya. Dia sendirian tanpa ibu dan adik beradik. Mungkin kesejukan dan kelaparan. Umurnya saya agak dalam 5 minggu.

Tapi saya tak ada makanan kucing stand by dlm kereta. Kalau ada, dah tentu saya akan berikan kpd nya. Saya pernah terfikir nak stand by makanan kucing dalam kereta, kalau2 jumpa kucing terbiat, boleh bagi makan.

Tak ada apa yg boleh saya bantu. Saya perlu segera ke pejabat. Terpaksa tinggalkan dia macam tu je. Kesian sungguh. Manusia memang kejam. Kenapa dibuang anak kucing yang belum boleh survive sendiri ? Atau kenapa dibuang ibu kucing yang sedang sarat bunting ?

Adakah itu tidak kejam berbanding mengkasi untuk elak kucing terus membiak ?

Sunday, September 08, 2013

Buku

Dulu, saya ada beli banyak buku2. Tapi banyak yang hilang entah kemana. Banyak juga buku yang saya tangguh beliannya sbb masalah tertentu tetapi selepas itu, saya dapati, ia sudah tiada atau sukar ditemui di pasaran. Antaranya buku tentang kesesatan syiah (bukan tulisan Abu Ya Asyaari), koleksi ucapan Allahyarham Yusuf Rawa ketika menjadi presiden PAS, buku2 tokoh2 pejuang aliran kiri, dan banyak lagi buku2 yang muncul hanya sekejap di pasaran. Rasa kesal sebab tak sempat memiliki dan membaca buku2 tersebut masih bermain2 dalam hati.

Tadi saya ke kedai buku. Ada 2 buku yang menarik perhatian saya. Saya terus ambil untuk mengelak kesilapan lepas berulang. Kata orang, jauh berjalan, luas pengalaman. Oleh kerana saya kurang berjalan jauh, maka pengetahuan saya hanya terhad kepada cerita kawan2 atau melalui pembacaan sahaja. Sebab itu, saya suka membaca pengalaman orang lain. Travelog dan memoir adalah antara bacaan yang menarik minat saya.

Kucing : Total Equilibrio

Kucing2 peliharaan saya dah pandai membuang dalam tray yang disediakan. Sebelum ni, them membuang depan laman jiran. Susah juga nak ajar them. Menyusah dan mengganggu jiran tu kan dosa. Bersusah payah saya beli tray dan pasir, them tak gunakan pun. Saya kurung si KeyBum (anak kucing yang jantan berusia 5 bulan) setiap malam.

Mula2 dia bising. Pagi2 mengiau bagai. Dah tak ada pilihan, terpaksa dia membuang dalam tray berisi kayu flushable. Kini dia dah pandai dan mula menunjukkan contoh kepada ibunya dan adik2nya, Lion, Tiger dan Fussie. Rasanya lepas ni tak susah lagi nak ajar them. Dan saya guna pasir brand Cats Pride - No fragrance. Yang ni kurang berbau berbanding kayu, tapi tak flushable.

Saya nampak KeyBum kurang gemar dengan makanan Blackwood for Kitten. Kedai yang saya hantar dia untuk vaccinkan bulan lepas pun bagi tahu, KeyBum tak berselera dengan makanan tu. Dia berikan Royal Canin for Hair and Skin. Mahal tu. Semalam saya beli lagi 6 kg Blackwood for Kitten. Dan saya beli juga Total Equilibro (EQ) for kitten. Nak try kot2 sesuai. Dan hari ni saya berikan. Nampak dia langsung tak nak sentuh Blackwood lagi tapi sibuk nak EQ walhal saya nak ajar adik2nya utk makan dry food. Adik2nya mula belajar wet food semalam dan hari ini EQ pun them dah mula makan. Kalau Blackwood, langsung tak nak. Nampak macam sesuai lah tu. Tapi EQ mahal sikit. Rasa kesal pulak sbb beli Blackwood byk sgt.

Kalau 6 kg mau tahan sampai hampir 2 bulan. Them makan 1kg je seminggu . Daripada internet, orang ckp makanan EQ ni bagus untuk bulu. Kebetulan, si Lion tu bulunya kembang dan halus. Si Tiger separa kembang dan Si Fussie short hair.

Hari tu, saya dah buang seekor kucing jantan yang selalu menggoda si ibu. Sekarang datang pulak jantan lain. Ada orang datang buang lagi lah ni. Isyyy.. Kalau dah byk sgt kucing tak terlarat jugak nak sponsor. Nak kurung si ibu kesian la pulak. Si adik bertiga tu pun dah mula seronok main kat luar cage. Nak kena hati2 kot terlanggar dgn kereta nanti.

 Semakin dijaga, semakin comel pulak kucing2 ni. He..he..

Sunday, August 25, 2013

Saturday, August 10, 2013

Raya 2013

DSC_1407
DSC_1407, a photo by idiaz_my on Flickr.

Monday, July 22, 2013

Binatang peliharaan

Bila saya nak pergi kerja, kucing2 saya berkeliling dekat kaki. Nak berjalan pun susah. Bila saya balik, cepat2 dia datang sambut kat gate.

Teringat saya ketika umur awal belasan tahun. Antara tugasan saya ialah memberi makan ayam, itik dan burung merpati setiap pagi. Nasi semalam, dicampur sisa2 lauk semalam. Gaul dengan air dan dedak. Kira2 sebaldi. Bila keluar je, berkeliling ayam itik datang dekat kaki.

Seterusnya kena bagi burung merpati. Semua jinak2 merpati je. He..he.. Mak saya memang jarang2 perangat (kitar semula) lauk pauk lebih daripada 2 hari. Sebab tu kami jarang sakit perut keracunan. Hampir setiap hari, makanan baru yang segar.


Berbalik cerita kucing.  Si ibu sedang bunting. Besar betul perut dia. Bau busuk sebab dah tak boleh nak bersihkan buntut dia sendiri dek besarnya perut dia. Nasib baik tak bagi izin masuk rumah. Si anak tinggal seekor je sebab lagi sekor dah mampus.

Semalam, dapat sampel makanan kucing percuma. Jenis sup. Tak pernah lagi bagi yang jenis ni.Saya tak beli makanan jenis sup ni sebab susah sikit nak simpan lebihannya dalam fridge, tambah lagi bulan puasa ni. Lagi pun saya bimbang kalau2 kucing2 ni tak suka.

Si ibu tak suka wet food dalam tin, memilih blackwood dry food.  Si anak cukup suka Fussie Cat wet food, tapi tak tolak blackwood dry food.

Bila cuba bagi sup FancyFeast, tak sangka pula kedua2nya suka sampai berebut-rebut. Anak saya suruh beli lagi. Ada promosi di Jusco. Masalahnya nak kena simpan dalam bekas khas, nanti ada yang terambil dan campur dalam makanan, walaupun dilabel "suci", tentulah tak sesuai untuk dimakan manusia. Yacks...

Saturday, July 13, 2013

Kamera baru

Ok. Ini kali lah.

Foto ini dicapture drp kamera baru saya. Kamera yang lebih baik ini tentulah hasilnya juga lebih baik. Nak photoshoped pun seronok.


Foto ini sudah ditouch up. Diambil daripada verandah rumah saya. Kamera ni padan lah dengan kemampuan saya setakat hari ini.

Kalau anda guna Chrome atau Opera 15, jangan lupa install Hover Zoom extensions. Lebih seronok melayari internet melihat foto besar2. Terasa lebih puas.


Sunday, June 02, 2013

Kucing 2

Seronok juga bela kucing ni.

Nampaknya kucing jalanan 4 beranak yang saya sponsor ni agak memilih makanan. Patutlah kurus. Sebelum ni, di sponsor dengan Blackwood. Memang berselera betul dia makan. Berebut2 bile dituang.

Kali ni saya ke sebuah kedai Melayu. Di sini harganya agak mahal sikit. Saya beli jenama IAMS for kitten. Kebetulan dapat pulak harga lebih murah drp Blackwood for kitten. Saya beli ori pack 3 kg.

Tapi nampak si ibu kurang berselera makan. Nak tak nak je dia makan. Memang saya tak ikut kaedah yg disyorkan bila tukar makanan. Alah kucing jalanan je pun. Baru 2 minggu sponsor dgn Blackwood. Apa salah saya tukar2 makanan.

Tapi dah keluar duit, tiba2 tengok dia dah tak rebut2 makan dengan gelojoh macam dulu, rasa tak berbaloi la pulak. Alang2 nak bersedekah, biarlah pihak yang menerima tu gembira dengan pemberian kita.

Tapi nak tak nak, dia orang kucing kena lah habiskan jugak stok tu. Nak beli baru, kena tunggu lagi sekurang2nya 2 minggu. Setakat ni, habis sekilo seminggu mereka sekeluarga melantak Blackwood. IAMS ni tak tahu lah berapa lama boleh bertahan.

Yang si kitten, masih malu2 dengan kita orang. Si ibu je mengada2 asyik gesel muka kat kaki, Pantang kita keluar rumah, mula lah dia mengada2. Nak berjalan pun susah.

Nampaknya kena tukar semula kepada Blackwood. Brand lain, tak lah kot.

Saturday, May 25, 2013

Kucing

Dulu, masa kat kampung, memang kami selalu bela kucing. Bukan kucing je. Buring puyuh, Burung merpati, burung serindit dan macam-macam lg. Tp tak pernah bela kambing dan lembu.

Kami bela, bukan lah kami jaga sangat. Tapi suka juga main dengan kucing ni. Memang jenis keluarga suka kucing. Tok ki saya dulu, bile tengok kucing bunting, dia akan tengok lelangit kucing tu. Then, dia boleh tahu, berapa ekor anak kucing dlm perut ibunya.

Pernah seekor anak kucing milik saya mati, saya menangis sampai tak lalu makan. Ada juga kucing yang setiap kali bunting, keguguran. Kesian tengok dia gonggong anak dia yang dah mati tu, nak bawa ke dalam bilik tidur.

Saya biasa tidur dgn kucing. Anak saudara saya pun biasa, siap calar2 kena cakar kucing. Tapi alhamdulillah, dalam keluarga saya tak ada yang kena asma atau alah dengan binatang ni.

Bela kucing betina, dia rajin berburu. Kadang2 bawa balik burung, tupai dan macam2 lagi. Tikus pun tak ada kat rumah.

Bela kucing jantan, kencing merata. Tikus boleh menari kat rumah. Memang tak guna. Merayap cari betina je kerjanya. Balik bila lapar je.

Kucing kampung, kami cuma beri makan nasi gaul ikan singgang. Paling minima nasi gaul kuah singgang. Pantang dengar kita makan keropok, berlari dia datang. Suka benar dia. Time kita nak makan, mula lah dia mengacau. Kami halau je dengan penyapu lidi. Sekali sekala pukul jugak, tapi tak lah kuat sangat. Dengar bunyi penyapu lidi pun dia dah kecut.

Di KL, suasana tak begitu mengizinkan kami bela kucing. Kuat benar baunya. Kat kampung dulu tak ada pun. Anak saya minat nak bela kucing, tapi kami tak galakkan. So, dia pun takut2 + geli2 dgn kucing.

Pernah dulu, ada kucing yg dibuang org datang rumah kami, mentua saya bagi makan friskies. Saya pula beli whiskas. Tapi saya perasan, kucing ni berak2 cair bila makan menatang tu. Kesian pulak tengok. Akhirnya kucing2 tu dibuang daerah.

Baru ni ada seekor kucing betina bunting datang. Mentua saya bagi makan nasi campur ikan. Sampai dia beranak 4 ekor, 2 dah mati. Saya jadi kesihan pula. Anak saudara saya bagi makanan cap apa ntah. Beli kat supermarket. Tapi saya risau tengok seekor anak tu kurus sangat. Ibunya pun kurus je.

Akhirnya saya belikan makanan premium untuk nya. Brand Blackwood. Kata orang makan jenis ni elok dan selamat berbanding makanan komersil dlm tv tu. Walaupun kami jaga, kami tetap tak benarkan dia masuk rumah. Anak2nya kesejukan bila hujan. Nak pergi solat subuh ke masjid pun susah sebab dia tidur bawah kereta. Bila start enjin, bertempiaran lari sembunyi celah tayar.

Saya buatkan katil kotak, isi tuala lama. Sekarang, nampak dia selesa tidur dalam kotak tu tiap2 malam, jauh dari kereta.

Nampaknya si kucing tu makin manja dengan kita orang. Memang kucing ni faham bila kita cakna dan jaga dia. Anak saya pun dah tak geli dgn kucing lagi.



Masalahnya, si bapak kucing selalu datang. Dia tak makan makanan sehingga si ibu dan si anak kenyang. Walaupun bapak kucing ni baik dengan si anak2, tapi dia kencing merata, tanda kawasan. Depan rumah dah mula berbau. Ni yg aku tak suka ni.

Nak buang daerah, si anak tu kecil lagi. Macam mana nak buat ye ?

Tuesday, April 09, 2013

Diari seorang diplomat

Akhirnya tercapai juga cita2 saya nak memiliki buku ini. Diari seorang diplomat.

Hari Sabtu, anak saya beriya2 nak pergi ke kedai buku. Tapi saya tak dapat penuhi hajatnya sebab  ada hal lain yang lebih penting.

Hari Ahad, dia ajak lagi. Saya pun bawa lah dia ke Popular Bookstore Ampang Point. Baru masuk kedai, dah nampak buku ni tersusun depan muka pintu kedai. Saya terus ambil satu tanpa membelek isi kandungan nya. Memang dah lama mencari buku ni. Ada diskaun 20% lagi untuk ahli kad popular.

Saya beritahu anak saya, buku ni ditulis oleh kawan saya. Tapi dia dah meninggal, kata saya. Macam2 anak saya tanya tentang kawan yang saya tak pernah bersua muka, tak pernah dengar suara dan tak pernah juga berkomunikasi secara on-line. Hanya off-line sahaja.

Akhir2 ni, saya bukan banyak masa sgt untuk baca buku. Buku ni, tak tahulah berapa lama masa yang akan diambil untuk dihabiskan.

Yang best, isi kandungannya ringkas2. Saya suka sebab ianya agak ringan dan santai. Antara bab2, tiada kesinambungan dari segi jalan cerita. Jadi saya bebas nak membacanya pada bila2 masa terutama bila terpaksa menunggu seseorang atau menuggu sesuatu.

Moga ruhnya damai di sana. Moga dosanya diampunkan Allah. Moga amal ibadahnya diterima Allah. Moga dibebaskan dia drp siksa kubur. Moga dipermudahkan urusan isteri dan zuriatnya yang ditinggalkan.

Sunday, February 10, 2013

Kg Pengadang Baru

21 Disember 2012, kali pertama saya singgah di masjid baru Kg Pengadang Baru, KT. Mulanya singgah di masjid lama. Ada orang beritahu, masjid tu tandasnya rosak.

Jalan ke depan sikit, ada masjid baru rupanya. Masa tu, saya baru tiba ke KT dr KL.

Dulu saya selalu datang ke Kg. Pengadang Baru. Ada rumah bapa saudara saya di sana. Cikgu Ali namanya. Di kg itu juga ada kubur arwah tok ki saya (sebelah ayah). Saya tak tahu yang mana satu kubur tok ki dan kubur bapa saudara saya. Masa dia orang meninggal, saya masih budak2 lagi.

Depan rumahnya, ada wakil pos. Kali terakhir saya ke sana, mungkin saya masih belajar lagi di IPT.

Saya kurang rapat dengan anak2nya sebab dia orang selalu keluar rumah bila kami datang.

Saya termenung sekejap, mengingat semula peristiwa2 lama masa zaman kanak2 di kg itu. Moga Allah merahmati roh Allahyarham.

Thursday, December 27, 2012

Banjir

Melihat gambar2 banjir di sana sini, benar2 menggamit memori pada tahun 70an, ketika banjir melanda kampung setiap tahun.

Alah bisa tegal biasa. Persediaan awal menjadikan orang kampung tidak banyak terjejas bahkan seronok dengan air bah.

Sekarang semua sudah menjadi sejarah. Generasi yang tinggal hanya generasi yang tidak tahu bagaimana menghadapi banjir. Generasi yang tidak bersedia menghadapi banjir.


Saya sebenarnya baru pulang dari Terengganu. Hari Sabtu, saya bercakap dengan Ayah Teh, "Takdok bunyi air bah tahun ni."

Hari Ahad, saya bertolak ke KL merempuh hujan lebat sepanjang jalan hingga ke Kuantan. Hari Isnin, berita banjir mula keluar.

Sesungguhnya di sebalik kesukaran ada kesenangan.

Sabarlah menempuh ujian Tuhan. Dia maha penyayang. Semuanya untuk kebaikan kita juga.

Wednesday, November 07, 2012

Sibuk

Satu ketika, Allah sempitkan rezeki saya. Sempit sesempitnya. Tetapi Allah luaskan masa saya.

Kemudian Allah bukakan pintu rezekinya perlahan2. Tetapi Allah sempitkan pula masa saya.

Kadang2 terfikir juga, kenapa Allah tidak luaskan kedua2nya sekaligus ? Bagaimana pula kalau sebaliknya ? Kalau dua2 sempit ? Mampukah kita tempuhinya ?

Syukur, saya diberi kesihatan yang baik. Walaupun suatu ketika, saya mungkin banyak menyusahkan keluarga saya, tetapi syukur saya dikurniakan isteri dan anak yang tabah, sabar dan setia. 5 tahun bukan tempoh yang singkat.

Buntu dan tidak nampak jalan penyelesaian lagi. Tetapi Allah maha pemurah. Rezeki Allah itu luas dan Dia boleh beri rezeki tanpa kita sangka bagaimana caranya.

Friday, September 14, 2012

Dosa2 kita memang tak terhitung kan ?

Kadang2, bila teringat balik dosa2 lepas; walaupun sudah bertahun2 berlalu, walau sudah banyak kali memohon ampun denganNya, walau kita sudah taubat dan insaf, tapi masih rasa meremang dan berbekas seolah2 dosa itu belum diampunkan oleh yang Maha Pengampun, Maha Pemaaf dan Maha Pengasihani.

Apatah lagi dosa dengan manusia yang kita tidak pasti apakah mereka maafkan kita ?

Sunday, August 26, 2012

Cerewet

Saya pernah tanya isteri saya, adakah saya seorang yang cerewet ? Isteri saya kata, memang cerewet, terutama soal makanan.

Semasa saya tingkatan 2, kawan baik saya kata, "Aku dok suka mung sbb mung cerewet." Kata2 yang kekal dalam ingatan saya hingga hari ini. Saya tergamam dengan kata2 itu. Saya sendiri pun tak sedar saya seorang yang cerewet pada pandangan dia.

Setiap orang, ada sifat cerewet dalam hal tertentu.

Dulu, ketika video tape baru popular di Malaysia, orang ramai suka menonton filem baru versi cetak rompak melalui video.

Tapi saya tak suka tengok video sbb kualitinya teruk. Bunyinya, gambarnya. Saya memang cerewet. Antara filem popular ialah filem Rambo, Chuck Norris dan macam2 filem hollywood. Saya tak follow pun walaupun kawan2 asyik bercakap mengulas dan bercerita semula filem itu. Kalau saya tengok, saya akan mengantuk dan tertidur.

Hari ini, filem2 baru boleh ditonton dalam versi CAM dan TS (telesync). Saya tak suka donwload filem kualiti sebegini walaupun kualitinya jauh lebih baik berbanding kualiti video tahun2 90an. Saya tunggu versi DVDRip atau BBRip juga walaupun filem itu dah basi dan dah tak hot. Download guna torrent sekejap je. Satu movie dalam 15 ke 30 minit je, bergantung kepada saiz movie dan seeders.

Betullah saya cerewet. Tapi dalam soal makan, saya rasa saya tak cerewet. Saya belasah je makanan yang biasa2 biarpun tak mahal. Tapi memang ada makanan yang saya kurang gemar sebab tak ngam dgn selera kita. Biasa lah tu. Semua orang pun sama.

Pakar masakan macam Chef Wan tentu cerewet pasal cara menyediakan makanan sebab dia tahu macam mana nak buat jadi sedap dan kenapa masakan jadi tak sedap.