Tuesday, January 12, 2010

Lakum deenukum, waliadeen

Dalam Islam, Allah adalah Tuhan. Tuhan adalah Allah. Tiada Tuhan selain Allah.


Allah is God. God is Allah. There is no God but Allah.


Jadi kenapa kita benarkan kristian guna perkataan God atau Tuhan tetapi tidak Allah ?


Kita heboh kerana kristian mahu guna perkataan Allah sebagai Tuhan. Alasan kita kristian mempunyai niat jahat untuk menyesatkan umat Islam. Selama ini kristian tidak begitukah ? Atau kita baru sedar begitu ? Atau kita saja baru nak buat kecoh ? Bukankah kristian dan yahudi akan sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat manusia terutama yang muslim ?


Selama ini, kita boleh terima perbezaan akidah dengan kristian. Kristian tolak kenabian Muhammad s.a.w. Kristian tolak Al Quran sebagai kalam Allah. Semua itu bukan penghinaan ? Semua itu bukan menyesatkan ? Semua itu tidak berniat mengelirukan umat Islam ?

Saya rasa kita semakin cenderung menggunakan kuasa untuk mengekang kristian (dan ajaran sesat). Tetapi kita masih mengabaikan aspek memperkuatkan akidah. Aspek memperkuatkan akhlak. Aspek memperkuatkan iman. Aspek mempertingkatkan ketaqwaan.

 

Sebab itu kita alpa dengan anak isteri kita yang tidak menunjukkan keteguhan syariah. Kalau akidahnya kuat, tak mungkin syariahnya lemah.

1 comment:

Nafastari said...

Pendapat yang sungguh bernas! Ada perkara yang lebih penting tetapi mereka lupakan, dan sekarang menyalak2 pada perkara yang cuma ibarat ranting2nya....