Sunday, February 27, 2011

Bonda

18 Februari 2011, Bonda saya yang saya kasihi telah kembali ke rahmatullah. Dikebumikan pada hari yang sama selepas solat Asar, saya tak sempat menatap wajahnya untuk kali terakhir. Saya sampai selepas majlis ratib selesai.

Namun pada awal Fenruari lepas, saya sempat memeluk dan menciumnya, memohon ampun dan maaf kepadanya. Ketika itu dia agak lemah. Memang selepas dia makan, dia agak lemah kerana kandungan gula dalam darah yang tak menentu. Kadang2 terlebih, kadang2 terkurang. Kami suntik insulin jika perlu dan tidak jika dirasakan tak perlu. Tak ikut sangat jadual doktor sebab dia makan terlalu sikit.

Teringat juga keadaan tok saya ketika dihujung2 usia. Semuanya tak lalu makan. Nak dipaksa pun serba salah, tak dipaksa pun salah.

Bonda pergi kira2 9 tahun selepas ayahanda pergi. Disemadikan di sebelah kubur ayahanda, tempatnya dinaungi pohon duku.

Sunyilah rumah di Pulau Rusa selepas ini. Tinggal adik saya seorang diri. Adik beradik lain dah berkeluarga dan ada rumah sendiri.

Kemudian timbul pula isu pusaka tinggalan ayahanda yang belum selesai. Mengikut kata pegawai di pejabat tanah Marang dulu, waris kena selesaikan cepat2 isu pusaka demi memastikan roh arwah tidak terganggu. Walaupun anak2 tak bergaduh, tak berantakan, tak berebut harta pusaka, tapi tetap perlu diselesaikan secapat mungkin.

Masalahnya kami gagal mengesan nama waris penama lain yang turut berkongsi milik tanah tersebut. Di sinilah pentingnya kita terus mengenali dan tidak terputus hubungan dengan saudara mara. Bukan senang nak cari waris Tok tiri yang kita langsung tak kenal keluarga mereka. Dah berpindah pulak tu. Ada kemungkinan, ayahanda saya sendiri tak tahu pun pasal tanah itu. Kalau dia tahu, tentu dia dah simpan maklumat, atau meninggalkan pesan kepada anak atau biasanya dia jual terus haknya.

No comments: