Sunday, November 21, 2004

Suatu Hari di Hari Raya (2004)

Lebih seminggu bercuti, memang rasa malas nak kerja. Wal hal, duduk di rumah pun bukan ada apa. Boring je. Tapi kenapa rasa malas nak kerja ?


Aku balik kampung pada hari raya ke 2 (15 Nov 2004 / 2 Syawal 1425). Bertolak jam 10 pg. Tak sampai 3 jam, dah tiba di Kuantan walaupun aku tak pecut maksimum 110 km/j. Dari Kuantan ke K.Trg, aku pilih jalan pantai. Walau pun lambat sikit (3 jam perjalanan), aku rasa santai (relaks). Jalan nya selesa, lebar dan baik. Cuaca pun cerah.


Ayah Nik datang masa dekat nak Maghrib.


Hari Raya ke 3, ada perjumpaan (jamuan raya) bekas pelajar Kusza. Ini lah kali pertama aku masuk ke Kusza selepas ambil keputusan SPM pada tahun 1986. Hebat-hebat belaka bekas pelajar Kusza nampaknya. Semua dah berkereta besar, berkeluarga ramai dan nampak matang.


Kak Dah balik ke Kuantan pagi Raya ke 3. Abang Yie balik ke Al Muktafi Billah Syah pada petang nya.


Lepas Asar, kami ke rumah Abang Kie di Chendering, kemudian ke rumah Abang Mat di Losong.


Hari Raya ke 4, pergi ke Manir. Cari rumah lama Pok Ya (rumah arwah tok dia) tapi tak jumpa. Ai seh, tu lah kalau dah lama sangat dok gi. Kemudian terus ke Beladau Kolam, rumah Tok We. Dah uzur benar nampaknya dia. Ini lah satu-satunya Tok saudara aku yang masih ada (generasi Tok). Balik, singgah rumah Cik De. Petang nya ke rumah Cu. Malam ke rumah Kak Har di Bukit Datu.


Hari Raya ke 5, balik semula ke KL.


No comments: