Monday, November 22, 2004

Baby baru

20 Nov 2004 / 7 Syawal
1425H , mesej diterima daripada Abang Ajit (Penang), seorang baby baru selamat dilahirkan. Baby girl !!! Abang Ajit dan Kak Filzah telah bermurah hati untuk serahkan bayi tersebut kepada kami sebagai anak angkat. Insya Allah kami akan menjaganya sebaik mungkin, mendidiknya, memberinya pelajaran, menanam iman dan taqwa dalam hati nya.

Nama nya Farah Nur Asyikin atau mungkin Farah Nur Adlina. Gembiranya hati kami selepas 9 tahun kahwin dan tidak dikurniakan cahaya mata, masih ada yang bersimpati dan sanggup berkorban untuk kami. Semoga Allah memberkati hidup kita dan sentiasa memberikan rezeki yang secukupnya untuk kita.

Kami bercadang untuk mengambilnya pada 4 Disember 2004 / 21 Syawal 1425H.

No comments: