Monday, September 20, 2010

Raya 2010

Anak saya tak dapat meneruskan puasa hingga akhir ramadan sebab demam. Demamnya bermula sejak 16 ramadan dan berlanjutan hingga beberapa hari nak raya. Demam bermula dengan rasa nak sangat minum air yang dijual di bazar ramadan. Esoknya, badan dia mula panas semacam. Dia puasa lagi dan kali ini nak cuba cendol pula, dari peniaga yang sama. Tak sangka nak jadi begini.

Dua kali kami ke klinik, demamnya tak juga baik. Risau kalau kena cikungunya atau denggi, kami ke klinik kali ke 3 dan meminta surat sokongan untuk ke hospital ketika dia menggigil2 selepas makan pagi. Akhirnya dia dimasukkan ke wad. Susahnya Allah sahaja yang tahu. Anak masuk wad ketika hanya beberapa hari sahaja lagi nak raya. Sibuk nak kejar terawih lagi, nak beli barang rumah dan nak balik kampung. Akhirnya Allah beri kelegaan kepada kami.

Kalau ikut giliran, tahun ni beraya di Ampang. Tetapi plan ditukar disaat2 akhir. Beraya di Terengganu juga. Adik beradik yg lain hanya balik pada hari raya pertama. Seorang anak saudara menjemput seorang mat saleh beraya bersama keluarganya.

Abang ipar sebelah isteri saya pula (ayah kandung anak saya) dikunjungi 2 org anak saudaranya, warga Australia. Kedua2 mek saleh ni tak reti cakap melayu. Mereka dah kematian ayah (melayu) sejak kecil. Nak juga mereka datang cari saudara di Malaysia. Seorang bernama Rohani. Seorang lagi dah lupa pulak. Dulu kakaknya bernama Khatijah ada datang pada tahun 1998. Dia orang masih Islam tapi kurang bimbingan. Jadi anak saya ada sepupu mek saleh.

Raya tahun 2010 biasa2 sahaja. Tak meriah sangat, tapi tak lah muram. Ala kadar. Saya agak terkejut, arah kiblat surau kampung saya sudah berubah beberapa darjah. Semuanya bermula selepas pihak masjid mengumumkan tarikh ketika matahari berada di atas kaabah. Pihak surau masing2 membuat semakan dan itulah hasilnya.

Beberapa berita tak menarik dari kampung termasuklah, kematian rakan sekampung secara solo (mayat dah berbau) angkara dadah. Seorang saudara (anak sepupu kot) juga sudah meninggal dunia kerana dadah. Lain2, 2 orang saudara (bukan adik beradik) dipenjara kerana mengedar dadah. Ada juga yang lahirkan anak luar nikah. Apa nak jadi dengan anak2 Terengganu ni ? Ada antara mereka yang mak bapak memang nakal tetapi ada juga yang mak bapaknya baik. Kenapa jadi begitu ? Sebab itu kita kena hati2 kalau nak kondem pasal orang lain, kot2 terkena diri sendiri pula. Jangan fikir kita rajin ke masjid, anak kita mesti jadi baik. Benda macam ni memang diluar jangkaan punya. Iman bukan boleh diwarisi.

Kualiti kamera saya pula dah makin merosot. Photo2 kurang menarik. :(