Monday, August 16, 2010

Minggu 1 puasa 2010

1 Ramadhan tahun ini, anak saya mula berpuasa. Tahun lepas, dia hanya berpuasa sehari walaupun mencuba beberapa hari tetapi gagal disempurnakan. Sehingga jam 4 petang, dia sudah beberapa kali meminta untuk berbuka. Macam2 alasan. "Nanti Farah tak besar2" katanya. Di sekolahnya (tadika), hanya dia seorang yang berpuasa. Jam 4:30, dia diberi minum air. Selepas minum, dia muntah. Kesian.

2 Ramadhan, dia berpuasa lagi. Kali ini lebih bersedia dan lebih kuat. Tengah hari, ketika saya dan isteri tidur (isteri cuti sakit), di abeberapa kali datang menganggu mahu berbuka. Selepas dibenarkan bermain laptop, dia nampak ceria dan segar. Saya tanya, "Farah makan ke ?" Dia kata, "mana ada makan apa2 ?" Saya kata kenapa air masak tinggal sikit ? Saya sengaja cuba memerankapnya. Dia senyum dan berkata, "Farah minum tadi." Saya tak pasti dia maksudkan minum waktu siang atau minum malam tadi. Tetapi di terus berpuasa hingga waktu berbuka.

3 - 5 Ramadhan, dia berpuasa penuh.

Tiap2 petang kami bawa dia ke pasar ramadhan (pasar iftar). Macam2 dimintanya. Nak karipap, nak ayam goreng 2 ketul, nak bubur jagung, nak agar2, nak milo ais. Makannya tak seberapa.

Tahun ini, umurnya baru 6 tahun, malah belum sambut hari jadi ke 6 lagi pun. Saya bukan mahu memaksa untuk berpuasa penuh, tetapi kalau diberi kelonggaran untuk tidak bersahur, alamat dia mungkin makin malas bersahur. Jadi sama ada berpuasa atau tidak, bersahur perlu dipaksa. Sehingga hari ini, dia nampak sihat.

Tiada janji duti raya atau apa2 upah untuknya. Cuma saya kata, kalau nak masuk syurga, kena rajin2 puasa. Upin & Ipin turut merangsang dia untuk terus berpuasa. Saya yakin, dia mampu berpuasa banyak hari tahun ini.