Saturday, November 16, 2013

Mandulkan kucing

Kos memlihara 5 ekor kucing ni memang tinggi. Lebih2 lagi mika makin membesar.

Ceritanya, saya mula membela kucing selepas seekor ibu kucing beranak tepi pasu bunga depan rumah. Anak yang 4 ekor mati satu persatu dan akhirnya tinggal seekor.

Dan si ibu bunting lagi dan beranak lagi 5 ekor. Baby mati lagi 2 ekor dan tinggal 3 ekor. Termasuk si abang yang diberi nama Key Bum dan si ibu jadi 5 ekor. Hilang pula seekor baby dan esoknya, anak saya bawa balik pulak seekor dari sekolahnya.

Kos makanan dan pasir pun boleh tahan. Kos vaksin pula. Dan kini si ibu bunting lagi. Si Key Bum pula dah mula nak menggatal. Bimbang dia spray merata2.

Saya terpaksa korbankan bajet saya. Si Key Bum dan si ibu terpaksa saya mandulkan dulu. Yang kanak2 3 ekor tu belum vaksin dan mandulkan lagi.

Saya hantar ke SPCA Ampang jam 9 pagi tadi. Alhamdulillah, jam 12 t/hari saya pergi ambil. Si Key Bum dah sedar dan agak agresif. Saya tahu dia lapar sbb mula puasa sejak petang semalam. Si ibu mamai.

Saya dinasihatkan tidak memberi makan dan minum sehingga jam 7 malam. Kena teruskan puasa. Kesian Key Bum. Saya mulakan buka puasa Key Bum dengan sup kegemarannya, Fancy Feast Broth. Sejam setengah lepas tu, baru saya beri lagi makan makanan biasanya, Qiut campur Equilibrio. Dia nampak agak tenang selepas diberi makan.

Si ibu masih mamai. Saya akan beri dia makan esok pagi sebab nampak dia hanya diam dan tak larat. Kandungannya digugurkan. Memang kesian. Apa boleh buat. Untuk kebaikan dia juga.

Kos bulan ni paling tinggi. Bulan depan nak kena vaksinkan trio tu pulak; Lion, Tiger dan Black namanya.

Memang tinggi belanja kewangan dan belanja masa untuk dorang ni. Nak buang tak sampai hati pulak. Bela je lah sampai mati. Tak dia yang mati dulu, kita yang mati dulu.
Ni gambar lama ketika Black (anak pungut) kali pertama dibenarkan menyusu oleh si ibu.